Radio MaTiC FM merupakan salah satu inisiatif strategik Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyemarakkan lagi sektor Pelancongan dan Kebudayaan negara. Usahasama strategik Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia dan Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia ini merupakan salah satu usaha murni menerusi inisiatif NBOS sekali gus menjayakan Plan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP).